Pengenalan

    Portal Pustaka Digital Dewan Bahasa dan Pustaka : Wadah Kepustakaan Melayu merupakan pusat sehenti digital bagi pengurusan maklumat kepustakaan Melayu pelbagai bahan termasuklah buku, majalah, artikel akhbar, audiovisual, gambar foto, buku laporan tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), manuskrip, litograf dan sebagainya yang berada dalam koleksi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Portal ini dibangunkan pada tahun 2007 dan penambahbaikan dilaksanakan secara berterusan dan berperingkat dari semasa ke semasa. Kesemua koleksi kepustakaan Melayu yang telah didigital akan dimuat naik ke portal Pustaka Digital. Pengguna yang melayari portal ini akan dapat mengakses data katalog semua koleksi di PDM dan bagi data yang mempunyai imej digital, imej tersebut akan dipaparkan bersama-sama dengan data katalog. Akses kepada dokumen maya ini memberi ruang kepada pengguna melihat bahan asal tanpa perlu datang ke perpustakaan. Hanya dengan sekali pendaftaran dan yuran keahlian yang berpatutan segala maklumat boleh diakses tanpa sempadan jarak dan waktu.



©Hak Cipta Terpelihara 2011 -2017 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan
bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian
yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman ini.