SOALAN LAZIM

    SOALAN LAZIM

    APAKAH  PUSTAKA DIGITAL  DBP?
    Pustaka Digital Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan portal perpustakaan atau lebih dikenali sebagai Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) yang menawarkan perkhidmatan rujukan dan maklumat bahan digital kepustakaan Melayu secara dalam talian. Bahan-bahan dapat diakses oleh pengguna secara maya tanpa sempadan jarak dan waktu.

    APAKAH KOLEKSI BAHAN YANG DITAWARKAN?

    Portal Pustaka Digital DBP menawarkan bahan dalam bentuk digital daripada koleksi yang terdapat di PDM khususnya terbitan DBP, iaitu bahan bercetak dan bahan audiovisual. Paparan imej bahan adalah dalam format PDF, JPEG bagi gambar foto dan FLV bagi video.

    APAKAH BAHAN BERCETAK?

    Bahan-bahan bercetak yang telah didigitalkan boleh dimuat turun melalui portal termasuklah buku, jurnal, majalah, laporan tahunan, kalendar, buku cenderamata, kertas kerja dan manuskrip yang terdapat dalam koleksi PDM. Keratan akhbar hanya untuk rujukan staf DBP sahaja.

    APAKAH BAHAN AUDIOVISUAL?

    Bahan-bahan audiovisual yang telah didigitalkan boleh dimuat turun melalui portal termasuklah gambar foto, video, pita ril dan mikrofilem.

    BAGAIMANAKAH UNTUK MENDAFTAR?

    Untuk mendaftar sebagai ahli, sila klik di Daftar Baru, borang maklumat terperinci akan dipaparkan.Sila isi dengan lengkap sebelum klik butang Daftar. Pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel.

    APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA TERLUPA KATA LALUAN?

    Sekiranya terlupa kata laluan, masukkan alamat e-mel di kotak yang disediakan dan klik butang Lupa Kata Laluan?. Sistem akan memadam kata laluan lama secara automatik dan menghantar e-mel untuk kata laluan baru yang perlu didaftarkan dan disahkan sendiri oleh ahli.

    APAKAH MANFAAT SEBAGAI AHLI ?

    Ahli yang berdaftar diberi kemudahan mengakses bahan digital dan boleh membuat pesanan pembelian secara dalam talian.

    APAKAH SYARAT KEAHLIAN?

    Keahlian dibahagikan kepada dua kategori:

    Kategori Individu
    18 tahun ke atas – terbuka kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi, guru-guru, pensyarah, eksekutif, pegawai-pegawai kerajaan dan sesiapa sahaja yang berminat.
               
    Kategori Organisasi/Korporat
    Kerajaan – Institusi pendidikan, jabatan kerajaan dan lain-lain.
    Swasta – Syarikat-syarikat swasta, kelab, persatuan dan lain-lain. 

    BERAPAKAH KADAR YURAN LANGGANAN?

    Kadar bayaran langganan untuk individu:

    Jumlah Pengguna

    KOS TAHUNAN

    Tempatan (RM)

    Luar Negara (USD)

    1

    400.00

    300.00


    Kadar bayaran langganan untuk institusi:

    Jumlah ID Pengguna

    KOS TAHUNAN

    Tempatan (RM)

    Luar Negara (USD)

    1

    800.00

    500.00

    2

    1,300.00

    1,000.00

    3

    1,800.00

    1,500.00

    4

    2,300.00

    2,000.00

    5-10

    500.00 setiap ID

    400.00 setiap ID

    Lebih daripada 10

    450.00 setiap ID

    350.00 setiap ID

     

    BERAPAKAH KADAR HARGA BAHAN KOLEKSI?

    Kadar harga bagi setiap bahan adalah berbeza mengikut jenis bahan dan jangka hayat (tahun terbit). Sebarang maklumat lanjut berkaitan kadar harga, sila hubungi kami melalui talian 03- 2147 9659/9661 atau boleh juga menerusi e-mel kepada khidmat1@dbp.gov.my.

    BAGAIMANAKAH PEMBELIAN SECARA DALAM TALIAN?

    Bahan boleh dipilih dan dibuat pesanan melalui portal dengan menggunakan ‘Cart System’. Invois akan dihantar melalui e-mel kepada ahli yang membuat pesanan.

    BAGAIMANAKAH PROSES PEMBELIAN?
    Bayaran boleh dilakukan secara manual atau melalui akaun bank. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

    BERAPA LAMAKAH TEMPOH PENGHANTARAN BAHAN?

    Penghantaran bahan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh pengesahan bayaran diterima. Bahan akan dihantar melalui e-mel atau pos bergantung pada permintaan atau jenis bahan. Kos penghantaran melalui pos akan ditanggung oleh ahli.

    HUBUNGI KAMI

    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui talian 03- 2147 9659/ 9661 pada waktu 8.30 pagi – 4.30 petang, Isnin – Jumaat kecuali hari minggu atau cuti umum. Pertanyaan boleh juga dikemukakan menerusi e-mel kepada khidmat1@dbp.gov.my atau seperti alamat di bawah:


    Ketua
    Pusat Dokumentasi Melayu,
    Dewan Bahasa dan Pustaka,
    Jalan Dewan Bahasa,
    50460 Kuala Lumpur.
    Faks:03-2147 9626



©Hak Cipta Terpelihara 2011 -2017 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan
bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian
yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh
dari laman ini.